Wiring-Elektrik

Kontraktor Elektrik Berdaftar Suruhanjaya Tenaga

Thursday, August 8, 2019

Kos Pemasangan Meter TNB

Pemasangan elektrik adalah keperluan asas yang perlu ada apabila sesebuah premis ingin dibina samaada jenis kediaman seperti rumah teres, rumah banglo atau jenis komersial seperti kedai, pejabat, bangunan dan tapak bina. Permohonan baru meter tnb adalah perlu sebelum bekalan elektrik disalurkan oleh pihak TNB.

Permohonan Meter TNB

Permohonan meter elektrik dari pihak tnb pula perlu melalui proses yang akan mengambil masa anggaran antara 3 hari ke 2 minggu bagi permohonan baru atau naiktaraf 3 fasa untuk sesalur elektrik talian atas dari tiang tnb terdekat. Bagi permohonan yang melibatkan sesalur melalui talian bawah tanah pula memerlukan anggaran masa dari 2 minggu ke 1 bulan bergantung kepada status premis serta kelulusan  majlis bagi kerja-kerja yang melibatkan merentang jalan dan sebagainya.

Kos Pemasangan Meter TNB

Kos pemasangan meter tnb adalah berbeza bergantung pada jenis permohonan meter samaada bekalan meter 1 fasa atau meter 3 fasa. Terdapat dua pembayaran yang perlu dibuat iaitu pembayaran kepada kontraktor yang menguruskan permohonan termasuk pemasangan pendawaian lengkap dari papan meter ke dalam rumah dan juga pembayaran ke pihak TNB iaitu caj sambungan pengguna dan deposit meter.

Caj Bayaran Kontraktor

Harga caj bayaran kontraktor untuk pengesahan pemasangan lengkap, pengujian dan permohonan ke TNB adalah bergantung pada skop kerja dan jenis permohonan. Sebelum permohonan dibuat papan meter perlu disediakan terlebih dahulu lengkap dengan pendawaian ke kotak agihan (DB).

Caj Sambungan Pengguna (CSP)

Caj sambungan pengguna (CSP) perlu dibayar ke TNB setelah permohonan diluluskan dan caj yang dikenakan adalah bergantung pada skop pemasangan samaada talian atas (overhead) iaitu antara tiang ke papan meter atau talian bawah tanah (underground). Untuk talian atas kos 3 tiang pertama adalah percuma dan tiada penambahan caj tiang dikenakan oleh pihak TNB.

Wang Cagaran (Security Deposit)

Caj cagaran deposit meter juga perlu dibayar ke TNB setelah sambungan elektrik dibuat oleh pihak TNB. Deposit meter yang dikenakan pula bergantung pada jenis rumah samaada meter 1 fasa atau meter 3 fasa dan untuk premis perniagaan pula bergantung pada kehendak maksima penggunaan bebanan (maximum demand).

Senarai Deposit Meter TNB (Domestik)

Memerlukan perkhidmatan pemasangan meter elektrik?

Kami berpengalaman dalam menguruskan permohonan meter elektrik 1 fasa dan 3 fasa.

Hubungi/WhatsApp: 019-226 6232

* Lokasi utama perkhidmatan adalah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor seperti di Rawang, Kundang, Kuang, Sungai Buloh, Damansara, Petaling Jaya, Selayang, Kepong, Setapak, Melawati, Gombak, Ampang, Cheras, Bangi, Puchong, Subang, Shah Alam, Klang dan kawasan sekitarnya.

Links: https://www.kristalmaya.com.my/blog/34-harga-pemasangan-meter-elektrik

No comments:

Post a Comment